1 KORINTUS 15:32-34
1 KORINTUS 15:32-34 Alkitab Berita Baik (BM)
Dari segi kemanusiaan, apa gunanya berjuang seolah-olah melawan binatang buas di kota Efesus ini? Jika memang orang mati tidak dihidupkan semula, maka lebih baik kita hidup seperti pepatah ini, “Marilah kita makan minum dan bersuka-suka, kerana esok kita akan mati.” Janganlah kamu tertipu! “Persahabatan yang buruk merosakkan akhlak baik.” Hendaklah kamu insaf dan jangan berdosa lagi. Kamu seharusnya malu, kerana beberapa orang antara kamu masih belum mengenal Allah.
1 KORINTUS 15:32-34 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka jikalau spŭrti adat orang, aku sudah bŭrlaga dŭngan binatang binatang dinŭgri Efesus, apatah fiedahnya bagieku, jikalau orang mati tiada dibangkitkan? Maka baiklah kami makan minum, kŭrna esok kami mati. Bahwa janganlah kamu tŭrtipu, bahwa bŭrjinak jinakkan dŭngan pŭrkara yang jahat itu, iya itu mŭrosakkan kŭlakuan yang baik adanya. Maka handaklah kamu sŭdar dŭngan sŭbŭnarnya; maka janganlah kamu bŭrdosa, kŭrna sŭtŭngah deripada kamu tiada bŭrpŭngtahuan akan Allah; maka aku katakan ini sŭbab mŭmbri malu akan kamu.
1 KORINTUS 15:32-34 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jika menurut pertimbangan manusia, apa faedahnya bagiku berjuang seperti dengan binatang buas di Efesus? Juga, sekiranya orang mati tidak dibangkitkan, “Marilah kita makan dan minum, kerana esok kita mati.” Jangan kamu biarkan dirimu disesatkan orang. “Kebiasaan yang baik musnah kerana pergaulan yang buruk.” Insaflah sepenuhnya dan jangan berbuat dosa lagi, kerana dalam kalanganmu ada sebilangan yang tidak mengenal Allah. Aku berkata demikian supaya kamu berasa malu.