1 KORINTUS 15:30-34
1 KORINTUS 15:30-34 Alkitab Berita Baik (BM)
Jika tidak ada kebangkitan daripada kematian, mengapa kami mahu menghadapi bahaya setiap saat? Saudara-saudaraku, setiap hari aku menghadapi maut! Aku berkata demikian kerana aku bangga akan kamu, dan kerana kita hidup bersatu dengan Kristus Yesus, Tuhan kita. Dari segi kemanusiaan, apa gunanya berjuang seolah-olah melawan binatang buas di kota Efesus ini? Jika memang orang mati tidak dihidupkan semula, maka lebih baik kita hidup seperti pepatah ini, “Marilah kita makan minum dan bersuka-suka, kerana esok kita akan mati.” Janganlah kamu tertipu! “Persahabatan yang buruk merosakkan akhlak baik.” Hendaklah kamu insaf dan jangan berdosa lagi. Kamu seharusnya malu, kerana beberapa orang antara kamu masih belum mengenal Allah.
1 KORINTUS 15:30-34 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Dan mŭngapa pula kami ini tinggal dalam mŭrbahya pada tiap tiap waktu? Maka dŭmi kamŭgahan kamu yang ada padaku dŭngan bŭrkat Isa Almasih Tuhan kami, maka adalah hal aku ini dalam kŭmatian sahari hari. Maka jikalau spŭrti adat orang, aku sudah bŭrlaga dŭngan binatang binatang dinŭgri Efesus, apatah fiedahnya bagieku, jikalau orang mati tiada dibangkitkan? Maka baiklah kami makan minum, kŭrna esok kami mati. Bahwa janganlah kamu tŭrtipu, bahwa bŭrjinak jinakkan dŭngan pŭrkara yang jahat itu, iya itu mŭrosakkan kŭlakuan yang baik adanya. Maka handaklah kamu sŭdar dŭngan sŭbŭnarnya; maka janganlah kamu bŭrdosa, kŭrna sŭtŭngah deripada kamu tiada bŭrpŭngtahuan akan Allah; maka aku katakan ini sŭbab mŭmbri malu akan kamu.
1 KORINTUS 15:30-34 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Begitu juga kami, mengapa sepanjang masa kami rela menghadapi bahaya? Setiap hari aku menghadapi kematian. Aku mengakui ini, saudara-saudaraku, demi kebanggaanku denganmu yang kumiliki dalam Kristus Yesus, Tuhan kita. Jika menurut pertimbangan manusia, apa faedahnya bagiku berjuang seperti dengan binatang buas di Efesus? Juga, sekiranya orang mati tidak dibangkitkan, “Marilah kita makan dan minum, kerana esok kita mati.” Jangan kamu biarkan dirimu disesatkan orang. “Kebiasaan yang baik musnah kerana pergaulan yang buruk.” Insaflah sepenuhnya dan jangan berbuat dosa lagi, kerana dalam kalanganmu ada sebilangan yang tidak mengenal Allah. Aku berkata demikian supaya kamu berasa malu.