1 KORINTUS 15:21-23
1 KORINTUS 15:21-23 Alkitab Berita Baik (BM)
Hal itu demikian kerana sebagaimana kematian datang ke dunia melalui satu orang, begitu juga kebangkitan daripada kematian diberikan melalui satu orang. Sebagaimana semua orang mati kerana tergolong satu dengan Adam, begitu juga semua orang akan dihidupkan semula kerana tergolong satu dengan Kristus. Masing-masing akan dihidupkan semula menurut gilirannya: mula-mula Kristus; kemudian mereka yang menjadi milik-Nya akan dihidupkan semula ketika Kristus datang lagi.
1 KORINTUS 15:21-23 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna sŭbab sa’orang manusialah maut itu tŭlah datang, dŭmkianlah pula ulih sŭbab sa’orang manusia juga, kŭbangkitan deripada mati itu tŭlah datang. Kŭrna ulih sŭbab Adam sagala manusia tŭlah mati, maka dŭmkian lagi ulih sŭbab Almasih skaliannya itu tŭlah dihidopkan pula. Tŭtapi masing masing dŭngan pŭratorannya sŭndiri; adapun Almasih buah bungaran itu, kumdian deripadanya kŭlak sagala orang yang mŭnjadi milik Almasih pada hari kŭdatangannya.
1 KORINTUS 15:21-23 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh sebab satu orang, kematian berlaku; dan oleh sebab satu orang juga, kebangkitan orang mati berlaku; kerana sebagaimana dalam Adam semua manusia mati, demikian juga dalam Kristus semua manusia akan dihidupkan semula; masing-masing mengikut aturannya: Pertama Kristus, kemudian mereka yang telah menjadi milik-Nya, pada saat kedatangan-Nya kelak.