1 KORINTUS 14:4-5
1 KORINTUS 14:4-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Orang yang bercakap dalam bahasa yang ajaib hanya menguatkan diri sendiri, sedangkan orang yang menyampaikan perkhabaran daripada Allah meneguhkan jemaah. Alangkah baiknya jika kamu semua dapat bercakap dalam bahasa-bahasa yang ajaib. Tetapi lebih baik lagi jika kamu semua dapat menyampaikan perkhabaran daripada Allah. Orang yang dapat mengkhabarkan berita daripada Allah, lebih berguna daripada orang yang bercakap dalam bahasa-bahasa yang ajaib, kecuali ada antara jemaah yang dapat menjelaskannya supaya jemaah dapat dikuatkan.
1 KORINTUS 14:4-5 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Adapun orang yang bŭrtutor dŭngan bahsa yang tiada dikŭtahui, maka iya itu mŭndatangkan fiedah bagie dirinya sahja; tŭtapi orang yang mŭngajar itu, maka iya itu mŭndatangkan fiedah kapada sidang jŭmaah. Maka kukahandaki skalian kamu bŭrtutor dŭngan bŭrbagie bagie bahsa, akan tŭtapi lebih baik kamu mŭngajar: kŭrna tŭrlebihlah bŭsar orang yang mŭngajar itu deripada orang yang bŭrtutor dŭngan bŭrbagie bagie bahsa, mŭlainkan jikalau ditŭrjŭmahkannya itu, supaya sidang jŭmaah itu bŭrulih fiedah.
1 KORINTUS 14:4-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Orang yang bertutur dalam lidah membina diri sendiri, manakala orang yang bernubuat membina jemaah. Aku suka jika kamu bertutur dalam lidah, tetapi aku lebih suka jika kamu bernubuat; kerana orang yang bernubuat lebih membawa manfaat daripada orang yang bertutur dalam lidah, kecuali jika dia mentafsirkan apa yang dituturkannya itu untuk membina jemaah.