1 KORINTUS 13:8-13
1 KORINTUS 13:8-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Orang perlu sentiasa mengasihi orang lain. Sekarang ada orang yang dapat menyampaikan perkhabaran daripada Allah, tetapi hal itu hanya untuk sementara. Sekarang ada yang mempunyai kurnia untuk bercakap dalam pelbagai bahasa yang ajaib, tetapi hal itu akan berakhir juga. Sekarang ada orang yang mengetahui banyak hal yang dalam, tetapi semua itu pun akan dilupakan. Hal itu demikian kerana pengetahuan kita dan kebolehan kita untuk menyampaikan perkhabaran daripada Allah, kurang sempurna. Tetapi apabila Allah membuat semuanya sempurna, maka yang tidak sempurna akan lenyap. Semasa aku masih kanak-kanak, aku bercakap, bersikap, dan berfikir seperti kanak-kanak. Tetapi sekarang setelah dewasa, aku tidak lagi berkelakuan seperti kanak-kanak. Allah yang kita lihat sekarang ini hanya seperti bayangan kabur pada cermin muka. Tetapi kelak kita akan melihat-Nya dengan jelas. Sekarang apa yang aku ketahui belum lengkap, tetapi kelak aku akan mengetahui semuanya, seperti Allah mengetahui segala sesuatu tentang diriku. Sementara ini ada tiga perkara yang harus tetap dilakukan: percaya, berharap, dan mengasihi orang lain. Tetapi yang paling penting daripada ketiga-tiganya adalah mengasihi orang lain.
1 KORINTUS 13:8-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka pŭngasihan itu tiada pŭrnah habis: tŭtapi jikalau ada nabuat nabuat, itu kŭlak akan habis; dan jikalau ada jŭnis jŭnis bahsa, itupun akan bŭrhŭnti; dan jikalau ada pŭngatahuan, itu pun kŭlak akan lŭnyap adanya. Kŭrna kami mŭngatahui sŭparoh sahja, dan kami mŭngajar pun sŭparoh sahja. Tŭtapi apabila datang kŭlak pŭrkara yang samporna itu, maka tŭtkala itulah pŭrkara yang sŭparoh itu akan ditolak kŭlak. Maka pada masa aku kanak kanak, aku bŭrkata kata spŭrti kanak kanak, dan mŭngarti pun spŭrti kanak kanak, dan bŭrfikir pun spŭrti kanak kanak: tŭtapi apabila aku sampie akal balir, aku buangkanlah sagala pŭrkara kanak kanak. Kŭrna skarang ini kami mŭnilik dŭngan chirmin, kaburlah juga, tŭtapi kumdian kŭlak muka sama muka: maka skarang ini aku mŭngatahui sŭparoh sahja; tŭtapi kumdian kŭlak aku akan mŭngatahui spŭrti aku dikŭtahui. Maka skarang ini adalah tŭrtinggal iman, dan harap, dan pŭngasihan, katiga ini; tŭtapi yang tŭrutama deripada skalian ini iya itulah pŭngasihan.
1 KORINTUS 13:8-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kasih tidak akan luput. Nubuat-nubuat akan berakhir, bahasa-bahasa akan berhenti, dan ilmu pengetahuan akan lenyap kerana pengetahuan dan nubuat kita tidak sempurna. Setelah yang sempurna datang, maka yang tidak sempurna akan disingkirkan. Pada zaman kanak-kanak, aku bercakap secara kanak-kanak, mengerti secara kanak-kanak, berhujah secara kanak-kanak. Tetapi setelah aku dewasa, segala sifat kanak-kanak itu kutinggalkan. Sekarang kita hanya melihat samar-samar melalui cermin, tetapi akan tiba saatnya kita melihat dengan jelas berpandang muka. Demikianlah, sekarang aku hanya mengetahui sebahagian, tetapi akan tiba masanya aku mengetahui sepenuhnya, sebagaimana aku diketahui. Hanya tiga yang tinggal: iman, harapan dan kasih. Antara ketiga-tiga ini, yang paling utama ialah kasih.