1 KORINTUS 13:3-8
1 KORINTUS 13:3-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Meskipun aku mendermakan semua milikku kepada orang miskin, dan menyerahkan diriku untuk dibakar, tetapi jika aku tidak mengasihi orang lain, maka semua itu tidak berfaedah bagiku. Sesiapa yang mengasihi orang lain, sabar dan baik hati; dia tidak iri hati, tidak bercakap besar, dan tidak sombong. Dia tidak berkasar, tidak mementingkan diri sendiri, tidak cepat tersinggung, dan tidak mendendam. Sesiapa yang mengasihi orang lain, tidak gembira dengan kejahatan. Tetapi dia gembira dengan kebaikan. Dia tahan menghadapi segala sesuatu; dia mempercayai orang lain, tidak hilang harapan, dan sentiasa bersabar. Orang perlu sentiasa mengasihi orang lain. Sekarang ada orang yang dapat menyampaikan perkhabaran daripada Allah, tetapi hal itu hanya untuk sementara. Sekarang ada yang mempunyai kurnia untuk bercakap dalam pelbagai bahasa yang ajaib, tetapi hal itu akan berakhir juga. Sekarang ada orang yang mengetahui banyak hal yang dalam, tetapi semua itu pun akan dilupakan.
1 KORINTUS 13:3-8 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Dan jikalau aku mŭmblanjakan sagala hartaku akan mŭmbri makan orang orang mŭskin skalipun; dan jikalau aku sŭrahkan tubohku supaya habis dibakar skalipun, tŭtapi tiada pŭngasihan padaku, nŭschaya tiadalah bŭrfiedah padaku satu pun. Adapun pŭngasihan itu tahan lama dan sayang; pŭngasihan itu tiada bŭrdŭngki; pŭngasihan itu tiada mŭmŭgahkan dirinya, dan tiada pula chongkak: Dan tiada pula iya bŭrlaku dŭngan tiada bŭrkŭtahuan, dan tiada iya mŭnchari untong bagie dirinya sŭndiri, dan tiada iya suang suang marah, dan tiada iya bŭrfikir jahat; Maka tiada pula iya gŭmar kapada kŭsalahan, hanya iya gŭmar pada kabŭnaran itu; Maka iya mŭnanggong sagala sŭsuatu, dan pŭrchaya sagala sŭsuatu, dan harap sagala sŭsuatu, dan mŭnahani sagala sŭsuatu. Maka pŭngasihan itu tiada pŭrnah habis: tŭtapi jikalau ada nabuat nabuat, itu kŭlak akan habis; dan jikalau ada jŭnis jŭnis bahsa, itupun akan bŭrhŭnti; dan jikalau ada pŭngatahuan, itu pun kŭlak akan lŭnyap adanya.
1 KORINTUS 13:3-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Begitu juga, kalaupun aku memberikan segala milikku untuk memberi makan kepada orang miskin, atau menyerahkan tubuhku untuk dibakar, tetapi tidak mempunyai kasih, maka aku langsung tidak berguna. Kasih itu penyabar dan penyayang. Kasih tidak iri hati, tidak membanggakan diri, dan tidak angkuh. Kasih tidak berkelakuan biadab, tidak memburu kepentingan sendiri, tidak cepat meradang, tidak memperhitungkan kesalahan orang lain. Kasih tidak gembira dengan kejahatan, tetapi gembira meraikan kebenaran. Kasih tahan menderita segala-galanya, percaya akan segala-galanya, berharap akan segala-galanya, terus-menerus menanggung segala-galanya. Kasih tidak akan luput. Nubuat-nubuat akan berakhir, bahasa-bahasa akan berhenti, dan ilmu pengetahuan akan lenyap