1 KORINTUS 11:25-26
1 KORINTUS 11:25-26 Alkitab Berita Baik (BM)
Begitu juga setelah habis makan, Dia mengambil cawan itu lalu berkata, “Cawan ini perjanjian Allah yang baru, yang disahkan dengan darah-Ku. Setiap kali kamu meminumnya, lakukanlah hal ini untuk mengenang Aku.” Oleh itu setiap kali kamu makan roti ini dan minum dari cawan ini, kamu memberitakan kematian Tuhan, sehingga Dia datang.
1 KORINTUS 11:25-26 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka dŭmkianlah juga diambilnya piala itu, sŭtlah sudah makan, maka katanya, Adapun piala inilah wasiat bahru dŭngan bŭrkat darahku, maka buatlah kamu ini sŭbanyak kali kamu mŭminum itu akan mŭnjadi pŭringatan akan daku. Kŭrna bŭbrapa kali kamu makan roti ini, dan mŭminum piala ini, kamu unjokkan kŭmatian Tuhan, sahingga iya datang kŭlak.
1 KORINTUS 11:25-26 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Demikian juga, sesudah makan, Dia mengambil cawan itu sambil berkata, “Cawan ini perjanjian baru dengan darah-Ku. Setiap kali kamu meminumnya, lakukan ini sebagai peringatan kepada-Ku.” Kerana setiap kali kamu makan roti dan minum dari cawan dengan cara demikian, kamu memberitakan kematian Tuhan hingga kedatangan-Nya.