1 KORINTUS 11:23-28
1 KORINTUS 11:23-28 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku berkata demikian kerana ajaran yang aku berikan kepada kamu, aku terima daripada Tuhan: Pada malam itu ketika Tuhan Yesus dikhianati, Dia mengambil roti, mengucap syukur kepada Allah, dan membahagi roti itu lalu berkata, “Inilah tubuh-Ku yang diberikan untuk kamu. Lakukanlah hal ini untuk mengenang Aku.” Begitu juga setelah habis makan, Dia mengambil cawan itu lalu berkata, “Cawan ini perjanjian Allah yang baru, yang disahkan dengan darah-Ku. Setiap kali kamu meminumnya, lakukanlah hal ini untuk mengenang Aku.” Oleh itu setiap kali kamu makan roti ini dan minum dari cawan ini, kamu memberitakan kematian Tuhan, sehingga Dia datang. Dengan demikian sesiapa makan roti Tuhan atau minum dari cawan-Nya dengan cara yang tidak menghormati Dia, orang itu berdosa terhadap tubuh dan darah Tuhan. Oleh itu setiap orang harus memeriksa diri lebih dahulu, barulah dia boleh makan roti itu dan minum dari cawan itu.
1 KORINTUS 11:23-28 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna barang yang kudapat deripada Tuhan itulah yang kusŭrahkan kapada kamu. Bahwa tŭtkala malam yang disŭrahkan orang akan Tuhan Isa, maka diambil Tuhan roti, Dan sŭtlah sudah iya mŭnguchap shukor, maka dipŭchahkannya roti itu sambil bŭrkata, Ambillah makan, inilah tubohku yang dipŭchahkan ganti kamu, buatlah supaya mŭnjadi pŭringatan akan daku. Maka dŭmkianlah juga diambilnya piala itu, sŭtlah sudah makan, maka katanya, Adapun piala inilah wasiat bahru dŭngan bŭrkat darahku, maka buatlah kamu ini sŭbanyak kali kamu mŭminum itu akan mŭnjadi pŭringatan akan daku. Kŭrna bŭbrapa kali kamu makan roti ini, dan mŭminum piala ini, kamu unjokkan kŭmatian Tuhan, sahingga iya datang kŭlak. Sŭbab itu barang siapa yang makan roti ini, sŭrta minum piala Tuhan itu dŭngan tiada sŭpatutnya, iya itu kŭlak akan bŭrsalah pada tuboh dan darah Tuhan. Tŭtapi biarlah sŭsa’orang mŭmreksai dirinya, maka dŭmkian juga biarlah iya mŭmakan roti dan mŭminum piala itu.
1 KORINTUS 11:23-28 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku telah menerima daripada Tuhan apa yang telah kusampaikan kepadamu: Bahawa pada malam Dia dikhianati, Tuhan Yesus telah mengambil roti; dan selepas mengucap syukur, Dia telah memecah-mecahkan roti itu lalu berkata, “Ambil, dan makanlah. Inilah tubuh-Ku yang diserahkan untukmu; lakukanlah ini sebagai peringatan kepada-Ku.” Demikian juga, sesudah makan, Dia mengambil cawan itu sambil berkata, “Cawan ini perjanjian baru dengan darah-Ku. Setiap kali kamu meminumnya, lakukan ini sebagai peringatan kepada-Ku.” Kerana setiap kali kamu makan roti dan minum dari cawan dengan cara demikian, kamu memberitakan kematian Tuhan hingga kedatangan-Nya. Jika sesiapa makan roti atau minum dari cawan Tuhan ini secara yang tidak wajar, dia akan menanggung dosa terhadap tubuh dan darah Tuhan. Hendaklah setiap orang memeriksa dirinya, dan kemudian makan roti itu dan minum dari cawan itu