1 KORINTUS 11:23-24
1 KORINTUS 11:23-24 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku berkata demikian kerana ajaran yang aku berikan kepada kamu, aku terima daripada Tuhan: Pada malam itu ketika Tuhan Yesus dikhianati, Dia mengambil roti, mengucap syukur kepada Allah, dan membahagi roti itu lalu berkata, “Inilah tubuh-Ku yang diberikan untuk kamu. Lakukanlah hal ini untuk mengenang Aku.”
1 KORINTUS 11:23-24 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna barang yang kudapat deripada Tuhan itulah yang kusŭrahkan kapada kamu. Bahwa tŭtkala malam yang disŭrahkan orang akan Tuhan Isa, maka diambil Tuhan roti, Dan sŭtlah sudah iya mŭnguchap shukor, maka dipŭchahkannya roti itu sambil bŭrkata, Ambillah makan, inilah tubohku yang dipŭchahkan ganti kamu, buatlah supaya mŭnjadi pŭringatan akan daku.
1 KORINTUS 11:23-24 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku telah menerima daripada Tuhan apa yang telah kusampaikan kepadamu: Bahawa pada malam Dia dikhianati, Tuhan Yesus telah mengambil roti; dan selepas mengucap syukur, Dia telah memecah-mecahkan roti itu lalu berkata, “Ambil, dan makanlah. Inilah tubuh-Ku yang diserahkan untukmu; lakukanlah ini sebagai peringatan kepada-Ku.”