1 KORINTUS 10:31-33
1 KORINTUS 10:31-33 Alkitab Berita Baik (BM)
Apa sahaja yang kamu lakukan, sama ada makan ataupun minum, lakukanlah semuanya untuk memuliakan Allah. Jagalah tingkah laku kamu agar kamu tidak menyebabkan orang lain berdosa, baik orang Yahudi mahupun orang bukan Yahudi, ataupun jemaah Allah. Ikutlah teladanku. Aku berusaha menyenangkan hati semua orang dalam segala sesuatu yang aku lakukan. Aku tidak mengutamakan kepentingan diri sendiri, tetapi kepentingan orang lain, supaya mereka boleh diselamatkan.
1 KORINTUS 10:31-33 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbab itu, baik kamu makan, atau mŭminum, baik barang sŭsuatu pŭrbuatan kamu, handaklah kamu bŭrbuat skalian pŭrkara itu akan kamuliaan bagie Allah. Janganlah mŭndatangkan shak, baik kapada orang Yahudi, baik kapada orang sŭsat, atau kapada sidang jŭmaah Allah. Spŭrti yang aku mŭnyukakan sagala orang dalam sagala pŭrkara, bukannya aku mŭnchari untong bagie diriku sŭndiri, mŭlainkan untong bagie skalian, supaya marika itu bŭrulih slamat.
1 KORINTUS 10:31-33 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Setiap yang kamu lakukan, baik makan mahupun minum, lakukanlah untuk memuliakan Allah. Jagalah tingkah lakumu, jangan sampai menyebabkan orang lain berdosa, baik orang Yahudi atau orang Yunani, mahupun jemaah Allah. Ikutlah teladanku. Dalam setiap yang kubuat, aku cuba menyukakan hati semua orang. Aku tidak melebihkan kepentingan diriku. Aku mengutamakan kepentingan orang lain, untuk menyelamatkan mereka.