1 KORINTUS 10:23-24
1 KORINTUS 10:23-24 Alkitab Berita Baik (BM)
Orang berkata, “Kita dibenarkan melakukan segala sesuatu.” Betul, tetapi tidak semuanya berfaedah. “Kita dibenarkan melakukan segala sesuatu” - tetapi tidak semua perkara yang kita lakukan membina kehidupan kita. Janganlah seorang pun lakukan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri sahaja, tetapi lakukanlah sesuatu untuk kepentingan orang lain.
1 KORINTUS 10:23-24 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Bŭrmula maka sagala makanan itu halal padaku, tŭtapi bukannya skaliannya itu bŭrguna; maka sagala pŭrkara itu halal padaku, tŭtapi skaliannya itu tiada bŭrfiedah. Bahwa janganlah barang sa’orang jua pun mŭnchari fiedah bagie dirinya sŭndiri, tŭtapi handaklah masing masing mŭncharikan fiedah bagie orang lain.
1 KORINTUS 10:23-24 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kita dibenarkan berbuat segala sesuatu tetapi tidak semuanya berfaedah; kita dibenarkan berbuat segala sesuatu tetapi tidak semuanya membina hidup. Janganlah lakukan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri sahaja. Lakukanlah untuk kepentingan orang lain juga.