1 KORINTUS 10:1-5
1 KORINTUS 10:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Saudara-saudaraku, ingatlah akan peristiwa yang berlaku kepada nenek moyang kita yang mengikut Musa. Mereka semua dilindungi oleh tiang awan, dan mereka menyeberangi Laut Merah dengan selamat. Untuk menjadi pengikut Musa, mereka dibaptis di dalam awan dan di dalam laut itu. Mereka semua makan makanan rohani yang sama, dan minum minuman rohani yang sama. Mereka semua minum dari batu rohani yang menyertai mereka; batu itu Kristus sendiri. Meskipun demikian, Allah tidak berkenan kepada kebanyakan daripada mereka. Itulah sebabnya mayat mereka berselerakan di padang gurun.
1 KORINTUS 10:1-5 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
SŬBAGIE lagi saudara saudaraku, maka bukannya kahandakku supaya kamu mŭnjadi bodoh: adapun bagimana nenek moyang kami skalian tŭlah dinawangi ulih awan, dan skaliannya mŭlalui laut: Dan skalian marika itu sudah dibaptisakan kapada Musa dalam awan itu, dan dalam laut itu juga: Dan skalian marika itu pun tŭlah mŭmakan rŭzki rohani: Dan sagala marika itu tŭlah mŭminum minuman rohani juga, kŭrna marika itu tŭlah mŭminum batu rohani itu yang tŭlah mŭngikot dia; adapun batu itulah Almasih adanya. Tŭtapi kŭbanyakkan deri pada marika itu tiada digŭmari Allah, kŭrna marika itu mati bŭrtaboran dalam padang tiah.
1 KORINTUS 10:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Saudara-saudaraku, aku ingin mengingatkan kamu bahawa nenek moyang kita berada di bawah awan, dan semuanya menyeberangi Laut Merah. Mereka semua dibaptiskan di dalam awan dan laut itu untuk menjadi pengikut Musa. Mereka makan makanan rohani yang sama dan minum minuman rohani yang sama dari batu pejal rohani yang menyertai mereka, dan batu pejal rohani itu ialah Kristus sendiri. Namun demikian, Allah tidak meredai kebanyakan daripada mereka, maka mayat mereka bergelimpangan di gurun.