1 KORINTUS 1:5-7
1 KORINTUS 1:5-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Kerana kamu hidup bersatu dengan Kristus, kamu menjadi kaya dalam segala hal. Pengetahuan kamu tentang segala sesuatu sangat dalam dan kamu pandai memberitakannya. Perkhabaran tentang Kristus sudah meresap ke dalam jiwa kamu, sehingga kamu tidak kekurangan satu berkat pun, sementara kamu menantikan Tuhan kita Yesus Kristus datang kembali.
1 KORINTUS 1:5-7 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Adapun sŭbab dalam sagala pŭrkara kamu tŭlah dikayakan ulih Tuhan, baik dalam sagala pŭrkataan, baik dalam sagala pŭngatahuan; Mŭskipun spŭrti saksi Almasih tŭlah ditŭtapkan dalam kamu: Sahingga tiadalah kakurangan kapada kamu anugrah; sŭrta adalah mŭnantikan kŭdatangan Tuhan kami Isa Almasih
1 KORINTUS 1:5-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh sebab di dalam Dia, kamu telah diperkaya dalam segala hal: dalam segala perkataan dan dalam segala pengetahuan; bahkan kesaksian tentang Kristus telah diperkukuh dalam dirimu, sehingga kamu tidak kekurangan satu kurnia pun sementara menunggu Tuhan kita Yesus Kristus dinyatakan.