1 KORINTUS 1:26-30
1 KORINTUS 1:26-30 Alkitab Berita Baik (BM)
Saudara-saudaraku! Ingatlah akan keadaan kamu semasa Allah memanggil kamu. Menurut pandangan manusia hanya sedikit antara kamu yang bijak, atau berkuasa ataupun berkedudukan tinggi. Allah sengaja memilih orang yang dianggap bodoh oleh dunia ini, untuk mempermalukan orang yang bijak. Allah juga memilih orang yang dianggap lemah oleh dunia ini untuk mempermalukan orang yang berkuasa. Allah memilih orang yang dianggap rendah, hina dan tidak berguna oleh dunia ini, untuk menghancurkan orang yang dianggap penting oleh dunia ini. Hal ini bererti tidak seorang pun dapat memegahkan diri di hadapan Allah. Tetapi Allah sudah menjadikan kamu hidup bersatu dengan Kristus Yesus. Melalui Kristus, Allah menjadikan kita bijak. Melalui Kristus juga Allah memungkinkan kita berbaik semula dengan Allah, menjadikan kita umat-Nya yang khas dan membebaskan kita.
1 KORINTUS 1:26-30 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Hie saudara saudaraku, kŭrna kamu ada mŭlihat diantara kamu yang tŭrpileh itu, bukannya banyak orang pandie mŭnurot nafsu itu, bukannya banyak orang bŭrkwasa, bukannya banyak orang bangsawan, yang tŭlah dipileh itu: Tŭtapi Allah tŭlah mŭmileh sagala pŭrkara yang bodoh deri dunia itu supaya mŭmbingungkan orang yang pandie; dan Allah tŭlah mŭmilih pula sagala pŭrkara yang lŭmah deri dunia itu supaya mŭmbingungkan sagala pŭrkara yang bŭrkwasa adanya; Dan lagi pŭrkara yang hina deri dunia, dan pŭrkara yang kŭji itu, tŭlah dipileh Allah, dan pŭrkara yang bukan bukan pun, supaya mŭnidakkan pŭrkara yang ada: Supaya jangan sa’orang manusia pun mŭmŭgahkan dirinya dihadapan Allah. Tŭtapi deripadanyalah juga kamu ada dalam bŭrkat Isa Almasih, yang tŭlah dijadikan Allah bagie kami hikmat, dan kabŭnaran, dan kasuchian, dan tŭbusan
1 KORINTUS 1:26-30 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Saudara-saudara! Fikirkan keadaanmu ketika Allah memanggilmu. Di mata manusia, tidak ramai daripadamu yang bijak, atau berkuasa, atau bangsawan. Sememangnya Allah memilih yang bodoh di dunia untuk memalukan yang bijak. Allah memilih yang lemah di dunia untuk memalukan yang kuat. Allah memilih yang rendah dan dihina di dunia bahkan yang tidak ada untuk meniadakan yang ada. Oleh itu, tiada siapa pun dapat bermegah di hadirat Allah. Oleh sebab Allah, kamu berada dalam Kristus Yesus. Allah telah membuat Dia menjadi kebijaksanaan bagi kita, dan melalui Dia, Allah memperbenar, menyucikan, serta menebus kita.