1 KORINTUS 1:26-29
1 KORINTUS 1:26-29 Alkitab Berita Baik (BM)
Saudara-saudaraku! Ingatlah akan keadaan kamu semasa Allah memanggil kamu. Menurut pandangan manusia hanya sedikit antara kamu yang bijak, atau berkuasa ataupun berkedudukan tinggi. Allah sengaja memilih orang yang dianggap bodoh oleh dunia ini, untuk mempermalukan orang yang bijak. Allah juga memilih orang yang dianggap lemah oleh dunia ini untuk mempermalukan orang yang berkuasa. Allah memilih orang yang dianggap rendah, hina dan tidak berguna oleh dunia ini, untuk menghancurkan orang yang dianggap penting oleh dunia ini. Hal ini bererti tidak seorang pun dapat memegahkan diri di hadapan Allah.
1 KORINTUS 1:26-29 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Hie saudara saudaraku, kŭrna kamu ada mŭlihat diantara kamu yang tŭrpileh itu, bukannya banyak orang pandie mŭnurot nafsu itu, bukannya banyak orang bŭrkwasa, bukannya banyak orang bangsawan, yang tŭlah dipileh itu: Tŭtapi Allah tŭlah mŭmileh sagala pŭrkara yang bodoh deri dunia itu supaya mŭmbingungkan orang yang pandie; dan Allah tŭlah mŭmilih pula sagala pŭrkara yang lŭmah deri dunia itu supaya mŭmbingungkan sagala pŭrkara yang bŭrkwasa adanya; Dan lagi pŭrkara yang hina deri dunia, dan pŭrkara yang kŭji itu, tŭlah dipileh Allah, dan pŭrkara yang bukan bukan pun, supaya mŭnidakkan pŭrkara yang ada: Supaya jangan sa’orang manusia pun mŭmŭgahkan dirinya dihadapan Allah.
1 KORINTUS 1:26-29 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Saudara-saudara! Fikirkan keadaanmu ketika Allah memanggilmu. Di mata manusia, tidak ramai daripadamu yang bijak, atau berkuasa, atau bangsawan. Sememangnya Allah memilih yang bodoh di dunia untuk memalukan yang bijak. Allah memilih yang lemah di dunia untuk memalukan yang kuat. Allah memilih yang rendah dan dihina di dunia bahkan yang tidak ada untuk meniadakan yang ada. Oleh itu, tiada siapa pun dapat bermegah di hadirat Allah.