1 KORINTUS 1:26-27
1 KORINTUS 1:26-27 Alkitab Berita Baik (BM)
Saudara-saudaraku! Ingatlah akan keadaan kamu semasa Allah memanggil kamu. Menurut pandangan manusia hanya sedikit antara kamu yang bijak, atau berkuasa ataupun berkedudukan tinggi. Allah sengaja memilih orang yang dianggap bodoh oleh dunia ini, untuk mempermalukan orang yang bijak. Allah juga memilih orang yang dianggap lemah oleh dunia ini untuk mempermalukan orang yang berkuasa.
1 KORINTUS 1:26-27 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Hie saudara saudaraku, kŭrna kamu ada mŭlihat diantara kamu yang tŭrpileh itu, bukannya banyak orang pandie mŭnurot nafsu itu, bukannya banyak orang bŭrkwasa, bukannya banyak orang bangsawan, yang tŭlah dipileh itu: Tŭtapi Allah tŭlah mŭmileh sagala pŭrkara yang bodoh deri dunia itu supaya mŭmbingungkan orang yang pandie; dan Allah tŭlah mŭmilih pula sagala pŭrkara yang lŭmah deri dunia itu supaya mŭmbingungkan sagala pŭrkara yang bŭrkwasa adanya
1 KORINTUS 1:26-27 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Saudara-saudara! Fikirkan keadaanmu ketika Allah memanggilmu. Di mata manusia, tidak ramai daripadamu yang bijak, atau berkuasa, atau bangsawan. Sememangnya Allah memilih yang bodoh di dunia untuk memalukan yang bijak. Allah memilih yang lemah di dunia untuk memalukan yang kuat.