1 TAWARIKH 6:31-33
1 TAWARIKH 6:31-33 Alkitab Berita Baik (BM)
Raja Daud memilih beberapa orang untuk mengurus lagu puji-pujian di tempat ibadat di Yerusalem, setelah Tabut Perjanjian dipindahkan ke sana. Mereka bertugas secara bergilir di Khemah TUHAN pada masa Raja Salomo belum membina Rumah TUHAN. Salasilah orang yang diberikan tugas itu adalah seperti berikut: Daripada puak Kehat: Heman anak Yoel ialah pemimpin kumpulan penyanyi yang pertama. Salasilahnya yang disusur sampai ke pangkal, iaitu hingga Yakub: Heman, Yoel, Samuel
1 TAWARIKH 6:31-33 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Inilah orang yang ditugaskan Daud untuk memimpin nyanyian di Bait TUHAN setelah tabut itu tersimpan di sana. Mereka berbakti dengan nyanyian di depan Khemah Suci, iaitu Khemah Pertemuan, sampai Salomo membina Bait TUHAN di Yerusalem. Mereka melaksanakan tugas masing-masing selaras dengan peraturannya. Inilah orang yang berbuat bakti, berserta anak-anak mereka. Daripada bani Kehat: penyanyi Heman anak Yo'el anak Samuel