1 TAWARIKH 5:23-26
1 TAWARIKH 5:23-26 Alkitab Berita Baik (BM)
Orang daripada suku Manasye Timur menetap di wilayah Basan sampai ke utara sejauh Baal-Hermon, Senir, dan Gunung Hermon. Bilangan mereka bertambah banyak. Inilah para pemimpin puak mereka: Hefer, Yisei, Eliel, Azriel, Yeremia, Hodawya, dan Yahdiel. Mereka semua askar yang perkasa, serta pemimpin puak yang terkenal. Orang Israel tidak setia kepada Allah yang disembah nenek moyang mereka. Mereka meninggalkan Dia lalu menyembah dewa-dewa yang disembah bangsa-bangsa yang telah diusir oleh Allah dari tanah itu. Oleh sebab itu Allah menggerakkan hati Raja Pul dari Asyur untuk menyerang negeri mereka. Raja Pul juga dikenal sebagai Raja Tiglat-Pileser. Suku Ruben, suku Gad, dan suku Manasye Timur dibuang negeri ke Halah, Habor, Hara, dan ke suatu tempat dekat Sungai Gozan. Mereka menetap di sana sampai hari ini.
1 TAWARIKH 5:23-26 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Keturunan separa suku Manasye tinggal di negeri itu mulai Basan sampai ke Baal-Hermon, Senir, dan Gunung Hermon. Jumlah mereka kian bertambah ramai. Inilah para ketua kaum keluarga mereka: Efer, Yisei, Eliel, Azriel, Yeremia, Hodawya, dan Yahdiel. Mereka itu kesateria yang gagah perkasa, orang ternama, dan para ketua kaum keluarga mereka. Tetapi kemudian mereka berbuat mungkar terhadap Allah nenek moyang mereka dan berbuat kafir dengan mengikuti tuhan-tuhan segala bangsa negeri itu, yang telah dipunahkan Allah dari hadapan mereka. Oleh sebab itu Allah Israel menggerakkan hati Pul, iaitu Tilgat-Pilneser, raja Asyur, sehingga dia membuang orang Ruben, orang Gad, dan separa suku Manasye. Dibawanya mereka ke Halah, Habor, Hara, serta ke tepi Sungai Gozan. Demikianlah sampai hari ini.