1 TAWARIKH 4:9-10
1 TAWARIKH 4:9-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Ada seorang lelaki bernama Yabes, yang paling dihormati dalam keluarganya. Dia diberi nama Yabes oleh ibunya kerana ibunya sangat kesakitan ketika melahirkan dia. Tetapi Yabes berdoa kepada Allah orang Israel, katanya, “Ya Allah, berkatilah aku, dan berilah aku tanah yang luas. Sertailah aku dan jauhkanlah aku daripada kejahatan yang akan menyebabkan aku kesakitan.” Kemudian Allah mengabulkan permintaannya.
1 TAWARIKH 4:9-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yabes lebih dimuliakan daripada saudara-saudaranya. Ibunya menamai dia Yabes, kerana katanya, “Aku telah melahirkan dia dengan susah.” Yabes berseru kepada Allah Israel, katanya, “Kiranya Engkau memberkati aku berlimpah-limpah dan memperluas daerahku. Kiranya tangan-Mu menyertai aku dan menjaga aku daripada malapetaka, supaya aku tidak disusahkannya.” Allah mengabulkan apa yang dimintanya itu.