1 TAWARIKH 15:16-17
1 TAWARIKH 15:16-21 Alkitab Berita Baik (BM)
Raja Daud juga menyuruh para pemimpin orang Lewi supaya menugaskan beberapa orang daripada suku mereka untuk menyanyikan dan memainkan lagu-lagu gembira pada kecapi dan simbal. Daripada puak-puak penyanyi, mereka memilih orang yang berikut untuk memainkan simbal tembaga kuning: Heman anak Yoel, sanaknya yang bernama Asaf anak Berekhya, serta Etan anak Kusaya daripada puak Merari. Untuk mengiringi mereka serta memainkan kecapi yang bernada tinggi, orang Lewi yang berikut dipilih: Zakharia, Yaaziel, Semiramot, Yehiel, Uni, Eliab, Maaseya, dan Benaya. Untuk memainkan kecapi yang bernada rendah, orang Lewi yang berikut dipilih: Matica, Elifele, Mikneya, Azazya, dan Obed-Edom dan Yeiel, dua orang yang mengawal tempat Tabut Perjanjian.
1 TAWARIKH 15:16-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Daud memerintahkan para pemimpin bani Lewi untuk menugaskan saudara-saudara mereka, iaitu para penyanyi, untuk membawa alat-alat muzik seperti gambus, kecapi, dan ceracap. Mereka harus memperdengarkan nada kegembiraan dengan nyaring. Maka bani Lewi menugaskan Heman anak Yo'el, Asaf anak Berekhya daripada kalangan saudara-saudara mereka, dan Etan anak Kusaya daripada kalangan bani Merari, saudara-saudara mereka.