1 TAWARIKH 1:35-54
1 TAWARIKH 1:35-54 Alkitab Berita Baik (BM)
Anak lelaki Esau ialah Elifas, Rehuel, Yeus, Yaelam, dan Korah. Elifas ialah nenek moyang suku-suku berikut: Teman, Omar, Zefi, Gaetam, Kenas, Timna, dan Amalek. Rehuel ialah nenek moyang suku-suku berikut: Nahat, Zerah, Syama, dan Miza. Penduduk asli tanah Edom ialah keturunan anak-anak lelaki Seir: Lotan, Syobal, Zibeon, Ana, Disyon, Ezer, dan Disyan. Lotan ialah nenek moyang puak Hori dan Homam. Lotan mempunyai seorang saudara perempuan bernama Timna. Syobal ialah nenek moyang puak Alyan, Manahat, Ebal, Syefi, dan Onam. Zibeon mempunyai dua orang anak lelaki, Aya dan Ana. Ana ialah bapa Disyon, dan Disyon ialah nenek moyang puak Hamran, Esyban, Yitran, dan Keran. Ezer ialah nenek moyang puak Bilhan, Zaawan, dan Yaakan. Disyan ialah nenek moyang puak Us dan Aran. Sebelum ada raja yang memerintah di Israel, tanah Edom diperintah berturut-turut oleh raja-raja berikut: Raja Bela anak Beor dari Dinhaba Raja Yohab anak Zerah dari Bozra Raja Husyam dari daerah Teman Raja Hadad anak Bedad dari Awit (dialah yang mengalahkan orang Midian dalam peperangan di tanah Moab) Raja Samla dari Masyreka Raja Saul dari Rehobot di pinggir sungai Raja Baal-Hanan anak Akhbor Raja Hadad dari Pahi (isterinya bernama Mehetabeel, anak Matred dan cucu Mezahab). Orang Edom terdiri daripada suku Timna, Alya, Yetet, Oholibama, Ela, Pinon, Kenas, Teman, Mibzar, Magdiel, dan Iram.
1 TAWARIKH 1:35-54 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Anak-anak Esau: Elifas, Rehuel, Yeus, Yaelam, dan Korah. Anak-anak Elifas: Teman, Omar, Zefi, Gaetam, Kenas, Timna, dan Amalek. Anak-anak Rehuel: Nahat, Zerah, Syama, dan Miza. Anak-anak Seir: Lotan, Syobal, Zibeon, Ana, Disyon, Ezer, dan Disyan. Anak Lotan ialah Hori dan Homam; dan Timna ialah saudara perempuan Lotan. Anak-anak Syobal: Alyan, Manahat, Ebal, Syefo, dan Onam. Anak Zibeon ialah Aya dan Ana. Anak Ana ialah Disyon. Anak-anak Disyon: Hamran, Esyban, Yitran, dan Keran. Anak Ezer ialah Bilhan, Zaawan, dan Akan. Anak Disyan ialah Us dan Aran. Inilah barisan raja yang bertakhta di Tanah Edom sebelum ada seorang raja yang bertakhta atas orang Israel: Bela anak Beor. Nama kotanya ialah Dinhaba. Setelah Bela mati, Yobab anak Zerah dari Bozra menaiki takhta menggantikannya. Setelah Yobab mati, Husyam dari negeri orang Teman menaiki takhta menggantikannya. Setelah Husyam mati, Hadad anak Bedad, yang mengalahkan orang Midian di daerah Moab, menaiki takhta menggantikannya. Nama kotanya ialah Awit. Setelah Hadad mati, Samla dari Masreka menaiki takhta menggantikannya. Setelah Samla mati, Saul dari Rehobot yang terletak di tepi sungai, menaiki takhta menggantikannya. Setelah Saul mati, Baal-Hanan anak Akhbor menaiki takhta menggantikannya. Setelah Baal-Hanan mati, Hadad menaiki takhta menggantikannya. Nama kotanya ialah Pahi. Nama isterinya ialah Mehetabeel anak Matred anak Mezahab. Setelah itu, Hadad pun mati. Para ketua kaum di Edom termasuk: Ketua kaum Timna, ketua kaum Alya, ketua kaum Yetet, ketua kaum Oholibama, ketua kaum Ela, ketua kaum Pinon, ketua kaum Kenas, ketua kaum Teman, ketua kaum Mibzar, ketua kaum Magdiel, dan ketua kaum Iram. Itulah para ketua kaum di Edom.