1 TAWARIKH 1:1-27
1 TAWARIKH 1:1-27 Alkitab Berita Baik (BM)
Adam bapa Set, Set bapa Enos, Enos bapa Kenan, Kenan bapa Mahalaleel, Mahalaleel bapa Yared. Yared bapa Henokh, Henokh bapa Metusalah; Metusalah bapa Lamekh, Lamekh bapa Nuh. Nuh mempunyai tiga orang anak lelaki: Sem, Ham, dan Yafet. Anak lelaki Yafet ialah Gomer, Magog, Madai, Yawan, Tubal, Mesekh, dan Tiras. Mereka ialah nenek moyang bangsa-bangsa yang disebut dengan nama mereka. Keturunan Gomer ialah orang Askenas, Rifat, dan Togarma. Keturunan Yawan ialah orang Elisa, Sepanyol, Siprus, dan Rodes. Anak lelaki Ham ialah Kus, Mesir, Libia, dan Kanaan. Mereka ialah nenek moyang bangsa-bangsa yang disebut dengan nama mereka. Keturunan Kus ialah orang Seba, Hawila, Sabta, Raema, dan Sabtekha. Keturunan Raema ialah orang Syeba dan Dedan. ( Kus mempunyai seorang anak lelaki bernama Nimrod, yang menjadi penakluk agung yang pertama di dunia.) Keturunan Mesir ialah orang Lidia, Anamim, Lehabim, Naftuhim, Patrusim, Kasluhim, dan Kreta. Mereka ialah nenek moyang orang Filistin. Anak lelaki Kanaan ialah Sidon, yang sulung, dan Het. Mereka ialah nenek moyang bangsa-bangsa yang disebut dengan nama mereka. Kanaan juga nenek moyang orang Yebusi, Amori, Girgasi, Hewi, Arki, Sini, Arwadi, Semari, dan Hamati. Anak lelaki Sem ialah Elam, Asyur, Arpakhsad, Lud, Aram, Us, Hul, Geter, dan Mesekh. Mereka ialah nenek moyang bangsa-bangsa yang disebut dengan nama mereka. Arpakhsad ialah bapa Selah, dan Selah bapa Eber. Eber mempunyai dua orang anak lelaki; anak yang pertama bernama Peleg kerana pada zamannya bangsa-bangsa di dunia terbahagi-bahagi, dan anak yang kedua bernama Yoktan. Keturunan Yoktan ialah orang Almodad, Selef, Hazar-Mawet, Yerah, Hadoram, Uzal, Dikla, Ebal, Abimael, Syeba, Ofir, Hawila, dan Yobab. Salasilah daripada Sem hingga Abraham adalah seperti berikut: Sem, Arpakhsad, Selah, Eber, Peleg, Rehu, Serug, Nahor, Terah, dan Abram (dikenal juga sebagai Abraham).
1 TAWARIKH 1:1-27 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Adam, Set, Enos, Kenan, Mahalaleel, Yared, Henokh, Metusalah, Lamekh, Nuh, dan seterusnya anak-anaknya, iaitu Sem, Ham, dan Yafet. Anak-anak Yafet: Gomer, Majuj, Madai, Yawan, Tubal, Mesekh, dan Tiras. Anak-anak Gomer: Askenas, Rifat, dan Togarma. Keturunan Yawan: Elisa, Tarsis, Kitim, dan Rodanim. Keturunan Ham: Kush, Misraim, Put, dan Kanaan. Keturunan Kush: Seba, Hawila, Sabta, Raema, dan Sabtekha. Anak-anak Raema: Syeba dan Dedan. Kush beranakkan seorang anak lelaki bernama Nimrod; dia menjadi orang perkasa pertama di bumi. Misraim beranakkan Ludim, Anamim, Lehabim, Naftuhim, Patrusim, Kasluhim (yang merupakan susur galur orang Filistin), dan Kaftorim. Kanaan beranakkan Sidon, anak sulungnya, dan Het, juga orang Yebusi, orang Amori, orang Girgasi, orang Hewi, orang Arki, orang Sini, orang Arwadi, orang Semari, dan orang Hamati. Keturunan Sem: Elam, Asyur, Arpakhsad, Lud, Aram, Us, Hul, Geter, dan Mesekh. Arpakhsad beranakkan Selah, dan Selah beranakkan Eber. Eber dikurniai dua orang anak lelaki. Nama yang seorang ialah Peleg, kerana pada zamannya bumi terbagi, dan nama adiknya ialah Yoktan. Yoktan beranakkan Almodad, Selef, Hazar-Mawet, Yerah, Hadoram, Uzal, Dikla, Ebal, Abimael, Syeba, Ofir, Hawila, dan Yobab. Semua ini keturunan Yoktan. Sem, Arpakhsad, Selah, Eber, Peleg, Rehu, Serug, Nahor, Terah, dan Abram, iaitu Abraham.