Marilah kepadaku, hai pengantinku, turunlah dari Lebanon; datanglah kepadaku dari pergunungan Lebanon. Turunlah dari puncak Amana, dari puncak Senir dan Hermon, tempat tinggal singa dan harimau bintang. Hai kekasih dan pengantinku, engkau memikat hatiku dengan mata dan kalungmu. Cintamu menyukakan hatiku, hai kekasih dan pengantinku. Cintamu lebih nikmat daripada wain, minyak wangimu lebih harum daripada segala rempah. Bibirmu lebih manis daripada madu, hai pengantinku. Lidahmu seperti susu dan madu, bagiku. Pakaianmu seharum Pergunungan Lebanon. Kekasih dan pengantinku seperti taman yang bertembok, taman yang bertembok, mata airku sendiri. Di sana tumbuh pokok-pokok delima dengan buah-buah yang paling lazat; bunga inai dan narwastu, kunyit, tebu, kayu manis, dan segala macam kemenyan; mur dan gaharu dengan pelbagai rempah pilihan.
Baca KIDUNG AGUNG 4
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: KIDUNG AGUNG 4:8-14
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video