Aku mendengar suara kekasihku. Dia lari kepadaku melalui bukit dan gunung. Kekasihku seperti kijang; dia seperti anak rusa. Di balik tembok dia berdiri, dengan matanya dia menatap, dan mengintip dari kisi-kisi tingkap. Kekasihku berkata-kata kepadaku. Marilah, hai sayangku, marilah jelitaku, marilah. Musim sejuk sudah berlalu; hujan pun sudah berhenti. Bunga di padang sudah mekar. Inilah masanya untuk menyanyi; bunyi tekukur terdengar di padang. Buah ara mula masak; pokok anggur semerbak harum bunganya. Marilah, hai sayangku, marilah jelitaku, marilah. Engkau seperti burung merpati yang bersembunyi di celah-celah bukit batu. Biarlah kulihat wajahmu yang cantik itu, biarlah kudengar suaramu yang merdu. Tangkaplah rubah-rubah yang kecil itu, rubah yang merosakkan ladang anggur, kerana pokok anggur kita sedang berbunga.
Baca KIDUNG AGUNG 2
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: KIDUNG AGUNG 2:8-15
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video