“TUHAN memberkati kamu,” kata Boas. “Dengan perbuatanmu ini, kamu menunjukkan kesetiaan yang lebih besar daripada apa yang telah kamu lakukan terhadap ibu mentuamu. Sebenarnya, kamu boleh mencari seorang pemuda, baik yang kaya ataupun yang miskin, tetapi kamu tidak berbuat demikian. Janganlah khuatir, Rut. Saya akan memenuhi segala permintaanmu. Semua orang di kota tahu bahawa kamu wanita yang baik budi pekerti. Memang benar saya ini saudara dekatmu dan bertanggungjawab terhadap hidupmu, tetapi ada lagi seorang saudaramu yang lebih dekat daripada saya. Tetapi tinggallah di sini dahulu. Esok pagi, jika saudara itu mahu bertanggungjawab terhadap hidupmu, baiklah. Jika tidak, saya berjanji demi Allah yang hidup bahawa saya akan bertanggungjawab terhadap hidupmu. Sekarang tidurlah hingga pagi.” Rut tidur dekat kaki Boas, tetapi esok pagi, Rut bangun ketika hari masih gelap. Dia tidak mahu dilihat orang, kerana Boas tidak mahu orang tahu bahawa Rut berada di situ. Boas berkata kepadanya, “Tanggalkanlah selendangmu dan bentangkanlah di sini.” Rut pun berbuat demikian. Lalu Boas menuang kira-kira dua puluh kilogram barli ke dalam selendang itu. Kemudian Boas mengangkatnya ke atas bahu Rut. Rut pulang sambil memikul barli itu.
Baca RUT 3
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: RUT 3:10-15
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video