“Tulislah surat ini kepada malaikat jemaah di Smirna: Inilah perkhabaran daripada Dia yang awal dan yang penghujung, yang sudah mati dan hidup semula. Aku mengetahui kesusahan kamu; Aku tahu bahawa kamu miskin - tetapi sebenarnya kamu kaya! Aku mengetahui fitnah yang dilemparkan kepada kamu oleh orang yang mengaku diri mereka Yahudi padahal bukan. Mereka dikuasai oleh Iblis! Janganlah takut akan penderitaan yang tidak lama lagi akan kamu alami. Ketahuilah! Iblis akan menguji kamu. Dia akan memasukkan beberapa orang daripada kamu ke dalam penjara. Kamu akan mengalami penderitaan selama sepuluh hari. Hendaklah kamu setia kepada-Ku sampai mati, dan Aku akan mengurniai kamu hidup sejati dan kekal sebagai hadiah kemenangan. Jika kamu bertelinga, dengarkanlah apa yang dikatakan oleh Roh Allah kepada jemaah! Mereka yang menang tidak akan mengalami derita kematian kedua.”
Baca WAHYU 2
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: WAHYU 2:8-11
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video