MAZMUR 98

98
Allah Penguasa Dunia
1Mazmur.
Nyanyikanlah lagu baru untuk TUHAN;
Dia telah melakukan perbuatan yang menakjubkan!
Dengan kuasa dan kekuatan-Nya sendiri,
Dia telah mencapai kemenangan.
2TUHAN mengumumkan kemenangan-Nya;
Dia menyatakan keadilan-Nya kepada bangsa-bangsa.
3Dia menepati janji-Nya kepada orang Israel, umat-Nya
dengan kasih dan kesetiaan kepada mereka.
Semua bangsa di seluruh dunia
telah melihat kemenangan Allah kita.
4Hai seluruh bumi, bernyanyilah untuk TUHAN dengan girang;
pujilah Dia dengan lagu dan sorakan!
5Nyanyikanlah pujian untuk TUHAN,
pujilah Dia dengan memetik kecapi.
6Tiuplah trompet dan sangkakala,
bersoraklah di hadapan TUHAN, Raja kita!
7Berderulah,
hai laut dan segala isimu,
bernyanyilah,
hai bumi dan semua yang mendiamimu.
8Bertepuk tanganlah,
hai sungai-sungai;
bersorak-sorailah di hadapan TUHAN, hai bukit-bukit,
9kerana TUHAN datang untuk memerintah bumi.
Dia akan memerintah penduduk dunia dengan adil dan jujur.

Terpilih Sekarang Ini:

MAZMUR 98: BM

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami