Aku menjadi buah mulut di tempat orang berkumpul, dan nyanyian orang mabuk adalah tentang aku. Tetapi bagiku, aku akan berdoa kepada-Mu, ya TUHAN; kabulkanlah doaku, ya Allah, menurut waktu-Mu. Kabulkan doaku demi kasih-Mu yang besar, kerana Engkau menepati janji untuk menyelamatkan aku. Janganlah biarkan aku tenggelam di dalam lumpur; selamatkanlah aku daripada musuh-musuhku, dan daripada air yang dalam. Janganlah biarkan banjir menghanyutkan aku; janganlah biarkan aku tenggelam di dasar laut, ataupun terbenam di dalam kubur. Kabulkanlah doaku, ya TUHAN, kerana Engkau baik dan tetap mengasihi; dengan rahmat-Mu yang besar, berpalinglah kepadaku! Janganlah bersembunyi daripada hamba-Mu; aku dalam kesusahan besar - cepatlah tolong aku! Marilah dan selamatkanlah aku; bebaskanlah aku daripada musuhku. Engkau tahu bagaimana aku dikeji, bagaimana aku dipermalukan dan dihina; Engkau nampak semua musuhku. Kekejian telah mematahkan hatiku, aku menjadi putus asa. Aku mencari orang yang berbelas kasihan, tetapi tidak aku dapati; aku mencari orang yang menguatkan hatiku, tetapi tidak aku jumpai.
Baca MAZMUR 69
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: MAZMUR 69:13-21
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video