Ya Allah, Engkaulah Allahku, aku rindu akan Engkau. Seperti tanah tandus haus akan air, begitulah aku haus akan Engkau. Izinkanlah aku melihat Engkau di Rumah-Mu, serta melihat kuasa dan kemuliaan-Mu. Kasih-Mu lebih berharga daripada hidup, oleh itu aku memuji Engkau. Aku bersyukur kepada-Mu seumur hidupku; aku menadahkan tangan kepada-Mu sambil berdoa. Jiwaku dijamu dan dipuaskan, dan aku akan menyanyikan lagu-lagu pujian untuk-Mu. Waktu aku berbaring di katil, aku ingat akan Engkau; sepanjang malam aku merenungkan Engkau, kerana Engkau sentiasa menolong aku; aku menyanyi dengan riang di bawah naungan sayap-Mu. Aku berpaut kepada-Mu, tangan-Mu yang kuat menopang aku. Orang yang cuba membunuh aku akan turun ke dunia orang mati; mereka akan dibunuh dalam pertempuran, dan mayat mereka dimakan serigala. Raja akan bersukacita kerana Allah memberi raja kemenangan; semua orang yang berjanji demi Allah akan bergembira, tetapi suara pendusta akan disenyapkan.
Baca MAZMUR 63
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: MAZMUR 63:2-12
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video