Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Merpati dari Daerah Jauh, yang Membisu. Mazmur Daud, pada masa orang Filistin menangkap dia di Gat. Kasihanilah aku, ya Allah, kerana aku diserang; musuh-musuhku menganiaya aku sepanjang masa. Sepanjang hari lawanku menyerang aku; banyak orang yang melawan aku. Ketika aku takut, ya Allah Yang Maha Kuasa, aku berharap kepada-Mu. Aku percaya kepada Allah dan aku tidak takut; aku memuji Dia kerana janji-Nya. Apakah yang dapat dilakukan manusia terhadapku? Sepanjang hari musuhku menyusahkan aku; mereka sentiasa berusaha untuk mencelakakan aku. Mereka berkumpul di tempat persembunyian, dan mengawasi segala gerak-geriku, sambil mencari kesempatan untuk membunuh aku. Hukumlah mereka, ya Allah kerana kejahatan mereka, dengan kemurkaan-Mu, binasakanlah mereka! Engkau tahu betapa cemasnya hatiku; Engkau tahu betapa banyaknya air mataku. Bukankah semuanya itu tercatat di dalam kitab-Mu? Pada hari aku berseru kepada-Mu, mundurlah musuh-musuhku. Aku tahu bahawa Allah memihak aku. Aku memuji TUHAN Allah kerana janji-Nya. Aku percaya kepada-Nya dan aku tidak takut. Apakah yang dapat dilakukan manusia kepadaku? Ya Allah, aku akan menepati janjiku kepada-Mu, aku akan mempersembahkan korban kesyukuran kepada-Mu.
Baca MAZMUR 56
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: MAZMUR 56:1-13
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video