Jantungku berdebar-debar, tenagaku hilang, dan mataku sudah menjadi suram. Sahabat dan jiranku tidak mahu menghampiri aku kerana kudisku; bahkan keluargaku pun turut menjauhi aku. Orang yang hendak membunuh aku memasang perangkap untukku, dan mereka yang ingin menyakiti aku mengancam hendak membinasakan aku; sepanjang hari mereka berkomplot menentang aku. Aku umpama orang pekak yang tidak dapat mendengar, umpama orang bisu yang tidak dapat bercakap. Aku umpama orang yang tidak menjawab, kerana tidak dapat mendengar. Tetapi aku berharap kepada-Mu, ya TUHAN; dan Engkau, ya Tuhan, Allahku, akan mengabulkan doaku. Jangan biarkan musuhku mentertawakan penderitaanku; jangan biarkan mereka berasa megah kerana kejatuhanku! Aku hampir jatuh, dan sentiasa kesakitan. Aku mengakui dosaku; hatiku cemas memikirkan kesalahanku. Musuh-musuhku sihat dan kuat; banyak orang yang membenci aku tanpa sebab. Mereka yang membalas kebaikan dengan kejahatan, menentang aku kerana aku berusaha melakukan yang benar. Jangan tinggalkan aku, ya TUHAN, jangan jauhi aku, ya Allahku!
Baca MAZMUR 38
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: MAZMUR 38:11-22
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video