Nantikanlah TUHAN dengan hati yang tenang, tunggulah dengan sabar sampai Dia bertindak. Jangan geram kerana orang yang hidup makmur, atau kerana orang yang melakukan tipu muslihat. Jangan marah atau panas hati; hal itu hanya mendatangkan kecelakaan. Orang yang berharap kepada TUHAN akan mewarisi negeri ini, tetapi orang yang jahat akan diusir. Orang yang jahat akan lenyap dengan segera; walaupun dicari, mereka tidak akan dijumpai. Orang yang rendah hati akan mewarisi negeri ini, dan menikmati kemakmuran yang berlimpah-limpah.
Baca MAZMUR 37
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: MAZMUR 37:7-11
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video