Mazmur Daud, ketika dia berpura-pura tidak waras fikiran di hadapan Abimelekh. Kemudian Daud pergi setelah diusir oleh Abimelekh. Aku akan sentiasa bersyukur kepada TUHAN; aku tidak akan berhenti memuji Dia. Aku akan memuji Dia kerana segala perbuatan-Nya; semoga semua orang yang tertindas mendengar dan bergembira. Agungkanlah TUHAN bersama dengan aku, marilah bersama-sama memuji nama-Nya. Aku berdoa kepada TUHAN dan Dia mengabulkan doaku, Dia membebaskan aku daripada segala ketakutan. Orang yang tertindas memandang Dia lalu bergembira; mereka tidak sekali-kali akan kecewa. Orang malang berseru dan TUHAN menjawab, Dia membebaskan mereka daripada segala kesusahan. Malaikat TUHAN mengawal orang yang menghormati-Nya, dan menyelamatkan mereka daripada bahaya. Rasakanlah sendiri betapa baiknya TUHAN! Berbahagialah orang yang berlindung kepada-Nya! Hormatilah TUHAN, hai semua umat-Nya, kerana orang yang mentaati-Nya tidak akan berkekurangan.
Baca MAZMUR 34
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: MAZMUR 34:1-10
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video