Tetapi rancangan TUHAN tahan selama-lamanya, dan tujuan-Nya tidak berkesudahan. Berbahagialah bangsa yang mengakui TUHAN sebagai Allahnya; berbahagialah bangsa yang dipilih sebagai milik-Nya! TUHAN memandang ke bawah dari syurga, dan melihat semua manusia. Dari takhta-Nya Dia mengamati semua yang tinggal di bumi. Dialah yang membentuk hati mereka, dan mengetahui segala perbuatan mereka. Raja menang bukan kerana tenteranya besar, askar menang bukan kerana kuat. Kuda tidak dapat diharap untuk memenangi perang; kekuatan kuda tidak dapat menyelamatkan. TUHAN memerhatikan mereka yang mentaati-Nya, mereka yang mengharapkan kasih-Nya. Dia menyelamatkan mereka daripada kematian; Dia memelihara nyawa mereka pada masa kelaparan. Kita berharap kepada TUHAN; Dialah penolong dan pelindung kita. Kita bersukacita kerana Dia; kita percaya kepada nama-Nya yang suci. Semoga kasih-Mu menyertai kami, ya TUHAN, kerana kami berharap kepada-Mu.
Baca MAZMUR 33
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: MAZMUR 33:11-22
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video