Engkau tidak membenarkan aku ditawan musuh; Engkau membolehkan aku berjalan dengan bebas. Kasihanilah aku, ya TUHAN, kerana aku dalam kesusahan; mataku pedih kerana menangis; jiwa ragaku merana. Kedukaan telah menyingkatkan hidupku, dan tangisan telah memendekkan umurku. Kesihatanku merosot kerana kesusahanku, bahkan tulangku menjadi rapuh. Semua musuhku mentertawakan aku; jiran-jiranku menghina aku; mereka yang mengenal aku takut akan aku; mereka lari apabila nampak aku di jalan. Aku dilupakan seolah-olah aku sudah mati; aku umpama barang terbuang. Aku mendengar bisikan musuhku; perkara dahsyat terdapat di sekelilingku. Mereka berkomplot menentang aku, dan merancang hendak membunuh aku. Tetapi aku berharap kepada-Mu, ya TUHAN; Engkaulah Allahku. Aku sentiasa berada dalam jagaan-Mu; selamatkanlah aku daripada musuhku dan daripada mereka yang menganiaya aku. Semoga Engkau berkenan kepada hamba-Mu; selamatkanlah aku demi kasih-Mu. Aku berseru kepada-Mu, ya TUHAN; jangan biarkan aku dipermalukan. Biarlah orang jahat dipermalukan, dan turun ke alam maut dengan senyap. Biarlah pembohong menjadi kelu, kerana mereka sombong dan menghina orang jujur. Betapa limpahnya kebaikan-Mu yang Engkau sediakan untuk orang yang menghormati Engkau. Setiap orang melihat kebaikan yang Engkau lakukan bagi mereka yang berlindung kepada-Mu.
Baca MAZMUR 31
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: MAZMUR 31:9-20
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video