Mazmur Daud. Kepada-Mu, ya TUHAN, aku naikkan doaku; ya Allahku, aku percaya kepada-Mu. Janganlah biarkan aku dipermalukan; janganlah biarkan musuhku mentertawakan aku. Kekalahan tidak akan dialami orang yang percaya kepada-Mu, tetapi hanya dialami orang yang cepat memberontak terhadap-Mu. Ajarlah aku kehendak-Mu, ya TUHAN, nyatakanlah apa yang harus aku lakukan. Ajarlah aku supaya aku hidup menurut kehendak-Mu, kerana Engkau penyelamatku. Aku selalu berharap kepada-Mu. Ya TUHAN, ingatlah akan kebaikan dan kasih-Mu, yang telah Engkau tunjukkan sejak dahulu. Ampunkan segala dosa dan kesalahan masa mudaku. Ya TUHAN, demi kasih dan kebaikan-Mu ingatlah akan aku.
Baca MAZMUR 25
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: MAZMUR 25:1-7
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video