Doa Daud. Dengarlah rayuanku, ya TUHAN, permintaanku untuk keadilan. Perhatikanlah tangisanku, dengarkanlah doaku yang tulus. Engkau akan membela aku, kerana Engkau tahu apa yang benar. Engkau mengenal hatiku. Apabila Engkau datang kepadaku pada waktu malam, dan memeriksa aku dengan teliti, tidak akan Kaudapati niat yang jahat pada diriku. Aku tidak mengatakan yang jahat, seperti orang lain; aku mentaati perintah-Mu dan tidak melakukan keganasan. Aku selalu hidup menurut petunjuk-Mu dan tidak pernah menyeleweng. Aku berdoa kepada-Mu, ya Allah, kerana Engkau menjawab aku; oleh itu berpalinglah kepadaku dan dengarkanlah kata-kataku. Tunjukkanlah kasih-Mu yang mengagumkan, dan selamatkanlah orang yang berlindung kepada-Mu; di sisi-Mu, aku selamat daripada segala musuh. Lindungilah aku, seperti biji mata-Mu sendiri; sembunyikanlah aku di bawah naungan sayap-Mu, lindungilah aku daripada orang jahat yang menyerang aku.
Baca MAZMUR 17
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: MAZMUR 17:1-9
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video