MAZMUR 14

14
Kejahatan Manusia
(Mzm 53)
1Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.
Orang bodoh berkata dalam hati,
“Tidak ada Allah.”
Mereka semua jahat dan perbuatan mereka keji;
tidak seorang pun melakukan yang baik.
2Dari syurga TUHAN memandang umat manusia
untuk mencari orang yang bijak,
orang yang menyembah Dia.
3 Tetapi semua orang sudah menyimpang dan sesat,
tiada seorang pun melakukan yang baik.
4TUHAN bertanya, “Tidakkah semua orang jahat ini tahu?
Mereka hidup dengan merompak umat-Ku,
dan tidak pernah berdoa kepada-Ku.”
5Orang jahat akan ketakutan,
kerana Allah menolong orang yang taat kepada-Nya.
6Orang jahat merintangi hasrat orang miskin,
tetapi orang miskin dilindungi TUHAN.
7Semoga penyelamatan bagi Israel
datang dari Sion!
Apabila TUHAN menjadikan umat-Nya makmur semula,
semua orang Israel akan bersukacita.

Terpilih Sekarang Ini:

MAZMUR 14: BM

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk