MAZMUR 132

132
Pujian bagi Rumah TUHAN
1Lagu ziarah.
Ya TUHAN, ingatlah akan Daud,
dan segala kesusahan yang ditanggungnya.
2Ingatlah akan janjinya kepada-Mu, ya TUHAN,
dan nazarnya kepada-Mu, Yang Maha Kuat, Allah yang disembah Yakub.
3Katanya, “Aku tidak akan pulang atau tidur;
4aku tidak akan berehat atau melelapkan mata,
5sehingga aku membina rumah bagi TUHAN,
tempat kediaman bagi Yang Maha Kuat, Allah yang disembah Yakub.”
6Kami mendengar tentang Tabut Perjanjian di Betlehem,
dan menemuinya di padang Yaar.
7Kami berkata, “Marilah kita pergi ke Rumah TUHAN;
marilah kita sembah Dia di hadapan takhta-Nya.”
8Datanglah dan tinggallah di Rumah-Mu, ya TUHAN,
bersama-sama Tabut Perjanjian, lambang kekuasaan-Mu.
9Hendaklah imam-imam-Mu sentiasa melakukan apa yang benar;
hendaklah umat-Mu bersorak-sorak kerana sukacita.
10 Engkau telah berjanji kepada Daud, hamba-Mu.
Ya TUHAN, janganlah tolak raja pilihan-Mu.
11 Engkau telah berjanji dengan sumpah kepada Daud -
Engkau tidak akan memungkiri janji ini:
“Aku akan melantik salah seorang anakmu menjadi raja,
dan dia akan mewarisi takhtamu.
12Jika anak-anakmu setia kepada perjanjian-Ku,
dan kepada perintah yang Aku beri mereka,
maka anak-anak mereka juga akan mewarisi takhtamu selama-lamanya.”
13TUHAN telah memilih Sion;
Dia hendak menjadikannya tempat tinggal-Nya.
14Dia berfirman, “Di sinilah tempat kediaman-Ku selama-lamanya;
Aku hendak tinggal di tempat ini.
15Aku akan memberi Sion segala keperluannya sehingga berlimpah-limpah;
Aku akan mengenyangkan penduduknya yang miskin dengan makanan.
16Imam-imamnya memperlihatkan penyelamatan daripada-Ku,
dan rakyatnya akan bersorak-sorak kerana sukacita.
17 Di Sion seorang keturunan Daud akan Aku jadikan raja yang agung;
Aku akan mengukuhkan pemerintahan raja pilihan-Ku.
18Aku akan mempermalukan musuh-musuhnya,
tetapi kerajaannya aman dan makmur.”

Terpilih Sekarang Ini:

MAZMUR 132: BM

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk