Lagu ziarah oleh Raja Salomo. Jika bukan TUHAN yang mendirikan rumah, sia-sialah usaha orang yang mendirikannya; jika bukan TUHAN yang melindungi kota, sia-sialah usaha orang yang mengawalnya. Sia-sia sahaja bangun pagi-pagi dan tidur larut malam, bekerja keras mencari nafkah, kerana TUHAN memberikan segalanya kepada orang yang dikasihi-Nya, sementara mereka sedang tidur. Anak-anak adalah anugerah TUHAN; mereka adalah berkat-Nya. Anak-anak lelaki yang diperoleh seorang bapa pada waktu mudanya, adalah seperti anak panah di tangan seorang askar. Berbahagialah orang yang mempunyai banyak anak panah yang sedemikian. Dia tidak sekali-kali akan dikalahkan ketika menghadapi musuh di tempat pengadilan.
Baca MAZMUR 127
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: MAZMUR 127:1-5
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video