Janji-Mu membahagiakan aku, seperti orang yang menemukan harta. Aku sangat membenci segala dusta, tetapi aku mencintai Taurat-Mu. Aku terus-menerus bersyukur kepada-Mu bagi ketetapan-Mu yang adil. Orang yang mencintai Taurat-Mu mendapat kesejahteraan; mereka tidak akan ditimpa malapetaka. Aku menunggu Engkau untuk menyelamatkan aku, ya TUHAN, dan aku melakukan segala perintah-Mu. Aku mentaati ajaran-Mu, dan mencintainya dengan segenap hati. Aku mematuhi perintah dan peraturan-Mu, kerana Engkau melihat segala perbuatanku. Semoga seruanku minta tolong sampai kepada-Mu, ya TUHAN! Berilah aku pengertian seperti yang telah Engkau janjikan. Dengarkanlah doaku, dan selamatkanlah aku menurut janji-Mu. Aku akan memuji Engkau selalu, kerana Engkau mengajar aku hukum-Mu. Aku akan menyanyi tentang Taurat-Mu, kerana perintah-Mu adil. Semoga Engkau selalu bersedia menolong aku, kerana aku mahu mengikut perintah-Mu. Ya TUHAN, aku berharap supaya diselamatkan oleh-Mu, Taurat-Mu menggembirakan hatiku. Semoga aku hidup supaya aku dapat memuji Engkau; semoga peraturan-Mu menolong aku. Aku merayau seperti domba yang sesat; oleh itu datanglah untuk mencari hamba-Mu, kerana aku tidak mengabaikan hukum-Mu.
Baca MAZMUR 119
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: MAZMUR 119:162-176
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video