MAZMUR 118:6-9, 21-25

MAZMUR 118:6-9 BM

Aku tidak takut kerana TUHAN menyertai aku; apakah yang dapat dilakukan manusia terhadap aku? TUHAN itulah yang menolong aku, aku akan melihat musuh-musuhku dikalahkan. Lebih baik berlindung kepada TUHAN, daripada mengharapkan manusia. Lebih baik berlindung kepada TUHAN, daripada mengharapkan pemimpin.

MAZMUR 118:21-25 BM

Aku memuji-Mu, TUHAN, kerana Engkau mendengar seruanku, kerana Engkau telah memberi aku kemenangan. Batu yang dibuang pembina-pembina itu telah menjadi batu yang paling utama. Inilah perbuatan TUHAN; sungguh mengagumkan bagi kita! Inilah hari kemenangan TUHAN; marilah kita rayakannya dengan gembira. Kami memohon supaya Engkau menyelamatkan kami, ya TUHAN! Ya TUHAN, berilah kami kejayaan!