Pujilah TUHAN! Berbahagialah orang yang menghormati TUHAN, yang suka mentaati perintah-Nya. Anak-anak orang yang baik akan berkuasa di negeri ini; keturunannya akan diberkati. Keluarganya akan menjadi kaya-raya, dan dia akan makmur selama-lamanya. Dia seperti cahaya yang bersinar dalam kegelapan bagi orang jujur; dia berbelas kasihan, penyayang, dan adil. Berbahagialah orang yang murah hati dan suka memberi pinjaman, serta jujur dalam segala urusan. Orang yang baik tidak sekali-kali akan gagal; dia akan diingat selama-lamanya. Dia tidak takut menerima berita buruk; hatinya teguh kerana percaya kepada TUHAN. Dia tidak khuatir ataupun takut kerana dia yakin musuhnya akan dikalahkan. Dia memberikan sedekah kepada orang miskin, dia selalu murah hati, dia akan berkuasa dan dihormati orang. Orang jahat melihat hal ini lalu naik marah; mereka memandang aku dengan kebencian. Lalu mereka binasa; harapan mereka lenyap selama-lamanya.
Baca MAZMUR 112
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: MAZMUR 112:1-10
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video