MAZMUR 108
108
Doa Minta Pertolongan Allah
(Mzm 57.8-12, 60.7-14)
1Lagu. Mazmur Daud.
2Aku yakin kepada-Mu, ya Allah!
Aku akan menyanyi dan memuji Engkau!
Bangunlah, hai jiwaku!
3Bangunlah, hai gambus dan kecapi!
Aku akan membangunkan matahari!
4Ya TUHAN, aku akan bersyukur kepada-Mu antara bangsa-bangsa.
Aku akan memuji Engkau antara umat manusia.
5Kasih-Mu lebih tinggi daripada langit,
dan kesetiaan-Mu sampai ke awan yang tinggi.
6Ya Allah, tunjukkanlah keagungan-Mu di langit,
dan kemuliaan-Mu di seluruh bumi!
7Selamatkanlah kami dengan kuasa-Mu, dan kabulkanlah doaku,
supaya umat yang Engkau kasihi diselamatkan.
8Dari tempat kediaman-Nya yang suci Allah berfirman,
“Aku akan bersorak dan membahagi-bahagikan tanah Sikhem,
dan mengagihkan Lembah Sukot kepada umat-Ku.
9Gilead dan Manasye adalah kepunyaan-Ku,
Efraim topi besi-Ku,
dan Yehuda tongkat pemerintahan-Ku.
10Tetapi Aku menggunakan Moab sebagai tempat pembasuhan-Ku;
Aku melemparkan kasut kepada Edom,
sebagai tanda bahawa Edom milik-Ku;
Aku akan bersorak kerana kemenangan atas orang Filistin.”
11Siapakah yang akan membawa aku ke dalam kota yang berkubu itu?
Siapakah yang akan memimpin aku ke Edom?
12Ya Allah, adakah Engkau telah menolak kami?
Tidakkah Engkau mara bersama-sama tentera kami?
13Tolonglah kami melawan musuh,
kerana pertolongan manusia tidak berguna.
14Bersama dengan Allah, kita akan berjaya;
Dialah yang akan mengalahkan musuh kita.
Terpilih Sekarang Ini:
MAZMUR 108: BM
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.