“Bersyukurlah kepada TUHAN kerana Dia baik; kasih-Nya kekal!” Ulangilah kata-kata itu untuk memuji TUHAN, hai kamu semua yang sudah diselamatkan-Nya. Dia telah menyelamatkan kamu daripada musuh, dan membawa kamu kembali dari negeri-negeri asing, dari timur dan barat, dari utara dan selatan.
Baca MAZMUR 107
Kongsi
Ada pula yang belayar dengan kapal, mencari nafkah di lautan yang luas. Mereka nampak perbuatan TUHAN, perbuatan-Nya yang menakjubkan di lautan. Dengan perintah-Nya, angin bertiup dengan kencang, dan ombak bergelora. Kapal-kapal terangkat tinggi ke udara, lalu terhempas ke dasar samudera; orang kehilangan keberanian menghadapi bahaya sedemikian. Mereka terhuyung-hayang seperti orang mabuk; segala kemahiran mereka menjadi sia-sia. Kemudian dalam kesusahan, mereka berseru kepada TUHAN, dan Dia menyelamatkan mereka daripada kecemasan. Dia meneduhkan angin ribut, dan ombak pun menjadi tenang. Mereka bersukacita kerana ketenangan itu, dan Dia memimpin mereka ke pelabuhan yang dituju. Mereka mesti bersyukur kepada TUHAN untuk kasih-Nya yang kekal, untuk perbuatan menakjubkan yang dilakukan-Nya bagi mereka. Mereka mesti memberitakan keagungan-Nya dalam perhimpunan umat, dan memuji Dia di hadapan majlis para pemimpin.
Bandingkan Semua Versi: MAZMUR 107:1-3, 23-32
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video