Hikmat telah membina rumahnya, dan mendirikan tujuh batang tiang bagi rumah itu. Ia telah menyembelih ternakan untuk jamuan, mencampur wain dengan rempah, serta menyediakan hidangan. Ia menyuruh pelayan perempuannya berseru dari tempat yang tertinggi di kota, “Marilah, hai orang yang kurang pengalaman. Silalah ke mari!” Kepada orang yang bodoh ia berkata, “Marilah makan makananku dan minum wain yang telah kusediakan. Tinggalkanlah kebodohan supaya kamu hidup bahagia. Ikutilah teladan orang berpengertian.” Jika kamu menegur ajar orang yang sombong, kamu akan dihina. Jika kamu menegur ajar orang jahat, kamu akan cedera. Jangan sekali-kali tegur ajar orang yang sombong; mereka akan membenci kamu. Tetapi jika kamu menegur ajar orang bijak, mereka akan menghormati kamu. Apa sahaja yang kamu katakan kepada orang bijak akan membuat orang itu lebih bijaksana. Apa sahaja yang kamu ajarkan kepada orang yang taat kepada Allah akan menambah pengetahuan orang itu. Jika kamu hendak menjadi bijaksana, pertamanya kamu mesti hormat dan takut kepada TUHAN. Jika kamu kenal akan Yang Maha Suci, kamu akan memperoleh pengertian. Hikmat akan menambah usia kamu. Kamu sendiri yang akan beruntung jika kamu mempunyai hikmat. Tetapi jika kamu menolak hikmat, kamu sendiri juga yang akan rugi.
Baca AMSAL 9
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: AMSAL 9:1-12
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video