Anakku, jika kamu berjanji menjamin hutang orang lain, maka kamu terikat oleh kata-katamu atau terjerat oleh janjimu sendiri. Kalau begitu anakku, kamu sudah dalam kuasa orang itu. Tetapi inilah caranya kamu dapat melepaskan diri: pergilah segera kepadanya dan mohonlah dia membebaskan kamu. Jangan tidur ataupun rehat sebelum kamu berbuat demikian. Selamatkanlah dirimu daripada perangkap itu seperti burung atau kijang melepaskan diri daripada pemburu. Orang yang malas harus belajar daripada cara hidup semut. Semut tidak mempunyai pemimpin, atau ketua, ataupun penguasa, tetapi semut menyimpan makanan pada musim menuai sebagai persediaan semasa tidak ada makanan.
Baca AMSAL 6
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: AMSAL 6:1-8
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video