Orang yang jujur dan baik hati berusia panjang. Dia akan dihormati dan diperlakukan dengan adil. Seorang bijak dapat merebut kota yang dipertahankan oleh askar-askar perkasa, dan merobohkan tembok kota yang menjadi harapan mereka. Berhati-hatilah ketika bertutur supaya tidak ditimpa kesukaran. Orang yang sombong dan tinggi hati, suka mencela dan kurang ajar. Orang malas tidak mahu bekerja; dia dibunuh oleh keinginannya. Dia hanya memikirkan keinginannya. Sebaliknya, orang yang taat kepada Allah dapat memberi dengan berlimpah-limpah. TUHAN membenci korban yang dipersembahkan orang jahat, lebih-lebih lagi jika korban itu diberikan dengan maksud jahat. Kesaksian pembohong tidak dapat dipercayai, tetapi kesaksian orang yang dapat dipercayai akan diterima. Orang jujur yakin akan diri mereka sendiri, tetapi orang jahat terpaksa berpura-pura. Kepintaran, kecerdasan, dan kebijaksanaan manusia tidak berguna jika TUHAN menentang kita. Orang menyiapkan kuda untuk berperang, tetapi TUHAN yang memberikan kemenangan.
Baca AMSAL 21
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: AMSAL 21:21-31
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video