Ajaran orang bijak bagaikan sumber kehidupan; apabila ada ancaman, ajaran itu menyelamatkan nyawa. Orang bijak mendapat kehormatan, tetapi orang yang tidak dapat dipercayai menuju kebinasaan. Orang bijak sentiasa berfikir dahulu sebelum bertindak, tetapi orang bodoh mengiklankan kebodohan mereka. Utusan yang tidak bertanggungjawab mendatangkan kesusahan, tetapi utusan yang dapat dipercayai mendatangkan kesejahteraan. Orang yang tidak mahu diajar akan menjadi miskin dan hina, tetapi orang yang mengendahkan nasihat akan dihormati. Alangkah baiknya mendapat apa yang diinginkan! Orang bodoh tidak mahu berpaling daripada kejahatan. Orang yang bergaul dengan orang bijak akan menjadi bijak; orang yang bersahabat dengan orang bodoh akan celaka.
Baca AMSAL 13
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: AMSAL 13:14-20
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video