Mereka berkata kepada Musa, “Kami sudah menjelajahi tanah itu dan melihat bahawa tanahnya kaya dan subur; inilah sedikit buah-buahan dari sana. Tetapi penduduk tanah itu sangat kuat; kota-kota mereka sangat besar dan bertembok. Lagi pula, kami nampak keturunan raksasa di sana. Orang Amalek tinggal di bahagian selatan tanah itu; orang Het, orang Yebusi, dan orang Amori tinggal di kawasan perbukitan; orang Kanaan tinggal di kawasan pantai Laut Tengah dan di sepanjang Sungai Yordan.” Kaleb menenangkan hati orang yang bersungut terhadap Musa, dan berkata, “Kita harus melancarkan serangan dan merebut tanah itu sekarang juga. Kita cukup kuat untuk menaklukkannya.” Tetapi orang lain yang menjelajahi tanah itu bersama-sama Kaleb berkata, “Tidak, kita tidak cukup kuat untuk menyerang mereka. Penduduknya lebih kuat daripada kita.” Oleh itu mereka menyebarkan khabar angin di kalangan orang Israel tentang tanah yang dijelajahi mereka. Mereka berkata, “Tanah itu tidak dapat mengeluarkan hasil yang cukup bahkan untuk penduduknya pun. Tiap-tiap orang yang kami nampak sangat tinggi, dan kami juga nampak raksasa, keturunan Enak di sana. Kami merasa kecil seperti belalang dan pasti begitulah anggapan mereka terhadap kami.”
Baca BILANGAN 13
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: BILANGAN 13:27-33
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video